Wednesday, October 29, 2008

Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam



Persandingan mungkin suatu yang biasa kita dengar dan lihat. Namun, sedarkah kita tentang apa pandangan syarak terhadapnya? Mungkin ramai yang bersetuju pada teorinya...tetapi bila ketika praktikalnya, ramai yang kecundang..termasuklah Ustaz dan Ustazah (yang mengaji agama). Bila ditanya persoalan tu oleh seorang sahabat, saya rasa seperti diketuk kepala..tersedar banyaknya hukum kita ambil mudah..setiap perbuatn kita tidak teliti soal hukum..apabila diselidiki, artikel ini mungkin dapat membantu dan membuka perbincangan..mudah-mudahan kita tidak terjebak ke landasan ciptaan syaitan yang inginkan menyesatkan manusia...

1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.


2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.


Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2.
Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3.
Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.

Mungkin para sabahat yang ada pandangan selain dari ini , boleh hantar coment dibawah ini , semoga kita sama2 menjauhi perkara2 maksiat ..

sumber : http://usrahwave.com
sumber : Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".

Monday, October 27, 2008

hukum bersetubuh melalui dubur !



Bolehkah kita bersetubuh melalui jalan belakang ke dubur dan apakah hukumnya
perbuatan seperti itu ,terima kasih kepada kawan kita yang menanyakan soalan ini , yang mungkin kita perlu tahu (jika suami isteri bersetubuh melalui belakang isterinya , apa hukumnya ). Jawapan: Islam telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu diikut oleh seorang muslim ketika bersetubuh. Antaranya, persetubuhan tidak boleh dilakukan pada dubur isteri. Perbuatan seperti ini bukan sahaja menyalahi adab, bahkan menyalahi hukum Islam. Hukum mendatangi isteri pada duburnya adalah haram di sisi syariat. Pengharaman ini adalah berdasarkan kepada dalil-dalil seperti berikut:-


1) Daripada al-Quran

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 223, yang bermaksud:


"Isteri kamu adalah (seumpama) tempat kamu menanam benih, maka datangilah mereka sebagaimana yang kamu kehendaki..."

Para mufassirin (penafsir al-Quran) berpendapat bahawa dalam ayat tersebut Allah s.w.t. menyuruh kaum lelaki untuk mendatangi isteri-isteri pada faraj mereka, pada bila-bila masa yang mereka sukai (kecuali waktu haid), dan dengan apa jua cara yang mereka kehendaki. Imam al-Alusi berpendapat, ayat tersebut tidak bermaksud membenarkan para suami mendatangi isteri mereka "pada mana-mana tempat" yang disukai, bahkan bermaksud "daripada mana-mana jalan", iaitu sama ada melalui jalan depan mahupun belakang, yang penting, mesti pada faraj. Beliau juga menyatakan bahawa pada ayat yang sebelumnya, Allah telah melarang suami daripada mendatangi isteri ketika mereka haid. Sebab kepada larangan tersebut adalah kekotoran yang ada pada faraj isteri ketika itu. Justeru, mendatangi isteri pada duburnya juga haram kerana kekotoran yang ada pada dubur(1).

Dalam mentafsirkan ayat tersebut, Imam Fakh
ruddin al-Razi menyatakan "Faraj perempuan diumpamakan seperti tanah, air mani seperti biji benih, dan anak seperti pokok yang tumbuh"(2). Justeru, bersetubuh pada dubur isteri adalah haram kerana dubur tidak sesuai diumpamakan seperti tanah untuk menanam
benih kerana perbuatan seumpama itu tidak boleh menghasilkan anak.

Syeikh Muhammad Mutawalli Sy'arawi
menyatakan bahawa selepas menyuruh lelaki mendatangi isteri mereka, Allah memerintahkan mereka agar menyediakan sesuatu yang bermanfaat kepada mereka pada masa depan. Ini bermakna, tujuan asal senggama ialah untuk mendapatkan anak, tidak sekadar berseronok-seronok(3).

Oleh itu, bersetubuh pada dubur isteri menyalahi perintah Allah s.w.t. yang tersebut dalam ayat 233 tersebut.

Prof. Dr. Wahbah al

-Zuhaily menyatakan bahawa suami diharuskan untuk mendatangi isteri pada qubulnya (faraj) tetapi tidak pada dubur. Iaitu mereka bebas menyetubuhi isteri pada masa dan dengan apa cara yang mereka sukai, dengan syarat pada faraj isteri sahaja(4).

2) Daripada Hadith Nabi s.a.w.

Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya(5), telah meriwayatkan banyak hadith berkaitan pengharaman bersetubuh pada dubur isteri. Antaranya:

Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang mendatangi isteri ketika haid, atau pada duburnya, juga mereka yang berjumpa bomoh seraya membenarkan apa yang diperkatakannya, mereka telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad"

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Terlaknatlah golongan yang mendatangi isteri mereka pada duburnya"

Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah tidak akan memandang kepada lelaki yang berliwat, juga lelaki yang mendatangi isterinya pada dubur"

Wallahu 'alam
saya hanya menaqalkan daripada beberapa sumber , jika ada pandangan atau cadangan tentangnya boleh kemukakan didalam comment dibawah ini .
________
(1) Tafsir Ruhu al-Ma'ani, Jil.2, Hal.118, Cet. 1417H/1997M,
Dar el-Fikr, Beirut-Lubnan.
(2) Tafsir al-Kabir, Jil.3, Juz.6, Hal.75, Cet. Pertama-1405H/1985M, Dar el-Fikr, Beirut-Lubnan.
(3) Fiqhu al-Mara'h al-Muslimah, Hal.29, Cet.Pertama 1998H, al-Daru al-'Alamiah li al-Kutub wa al-Nashr, Kaherah-Mesir.
(4) al-Fiqhu al-Islami wa Adillatuhu, Jil.9, Hal.6589, Cet.ke-4 1418H/1997M, Dar el-Fikr, Damsyik-Syria
(5) Tafsir Ibnu Kathir, Jil.1, Juz.1, Hal.332, Cet.Pertama 1417H/1996M, Maktabah al-Iman li al-Nasri wa al-Tauzi', Mansourah-Mesir

HUKUM MENGAHWINI PEREMPUAN AHLI KITAB



salam perantuan kepada sahabat-sahabat


Mengenai perkara orang islam yg berkahwin dengan Ahli kitab ini adalah perkara yg berulang2 kita dengar. Hukum lelaki mengahwini perempuan ahli kitab yg suci adalah harus mengikut tafsiran Al-Quran Surah Tafsir surah Al-Maidah ayat ke –5 Sila rujuk bottom utk tafsir dari Ibn Kathir mengenai harusnya berkahwin dengan ahli kitab. Persoalan yg diketengahkan sekarang bukannya apa hukum berkahwin dengan ahli kitab kerana ini memang jelas tertera dalam Al-Quran, tetapi sekarang apa yg kita perlu lihat siapakah itu dikalangan orang ahli kitab.saya hanya menaqalkan dari sumber yang boleh dipercayai ( muslimdiary )

Jadi kepada siapa yg ingin tahu dengan lebih lanjut boleh membaca artikel dibawah yg mempunyai penjelasan menganai hukum berkahwin dengan ahli kitab dan siapakah itu dikatakan ahli kitab.


Satu lagi perbincangan yg baik di Bicara Muslim
Perkahwinan Campur

Wallahua'lam. Segala yg baik dtg dari Allah dan yg buruk dr diri saya sendiri. Minta tlg betulkan jika ada salah dan silap saya.para pembaca yang ada segala pandangan boleh diberikan dalam comment dibawah ini ..mungkin selepas ada lagi tambahan dalam perbahasan ini dari kitab-kitab fatwa yang ada .

HUKUM MENGAHWINI PEREMPUAN AHLI KITAB.






Firman Allah Taala “ Hari ini dihalalkan(diharuskan) perkara-perkara yang baik dan makanan orang-orang ahli kitab kepada kamu(org Islam) dan makanan kamu dihalalkan bagi mereka, dan begitu juga dengan perempaun baik-baik dari ahli kitab sebelum daripada kamu apabila diberi mas kahwinannya” Surah Al-Maidah ayat 5. Cuma persoalan di sini adakah orang Kristian dan Yahudi sekarang masih dianggap sebagai ahli kitab. Dulu saya difahamkan mereka bukan lagi ahli kitab disebabkan penyelewengan dari kitab asal. Itulah yang diajar oleh para Ustaz sebelum ini namun kini saya mengerti hakikat sebenarnya(dan berperanan untuk memahamkan sahabat semua atas dasar sampaikan dariku(Nabi s.a.w) meskipun satu ayat)

Dalam Harakah (1-15.7.2002)Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (bukan niat bermain politik ) ada menjelaskan mengenai persoalan ini, iaitu dalam ruangan Tafsir Al-Quran(Tafsir surah Al-Maidah ayat ke –5) Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan harus bagi lelaki Islam mengahwini perempuan ahli kitab yang suci. Manakala dalam Harakah (16-30.7.2002) Beliau menegaskan lagi “kita harus menghalalkan apa yang Allah halalkan. Jika Allah halalkan berkahwin dgn wanita ahli kitab (Kristian dan Yahudi) maka akan menjadi kufur jika kita kata tak boleh. Ini adalah hukum Allah dan Thabit dari Al-Quran. Masalah tak nak laksanakan itu masalah lain tetapi hukum yang dihalalkan oleh Allah jangan kita haramkan”. Untuk keterangan lanjut saya telah bertanyakan beberapa ulama’ yg berkhidmat sebagai pensyarah Pengajian Islam di beberapa IPTA dan menelaah beberapa buah buku yang diakui kebenarannya. Akhir sekali, saya merujuk(call) kepada Ustaz Rasul Dahri (pendakwah Salaf yang tegas menetang bid’ah)Kesimpulannya baik dulu, kini mahupun selamanya org Kristian dan Yahudi adalah ahli kitab.Dan hukum mengahwini perempuan ahli kitab adalah sah hingga ke hari Qiamat.Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah mengatakan dalam Majmu’ Fatwanya “ Jadi semua golongan yang beriman kepada kitab-kitab yang ada (yg telah dirubah) adalah ahli kitab dan mereka kafir disebabkan berpegang kepada kitab-kitab yang sudah berubah itu, dan seperti semua golongan yg lain mereka kekal dalam neraka, meskipun Allah menyuruh meraka agar membayar jizyah, dan dihalalkan bagi kaum muslimin untuk memakan makanan mereka dan mengahwini wanita-wanita mereka”

Di sini dalil-dalil untuk menyokong hujah penulis asal serta bagaimanakah syarat untuk melaksanakannya.

A) Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Maidah(ayat 5) tentang keharusan berkahwin dengan wanita ahli kitab tak pernah dimansukhkan oleh ayat Al-Quran mahupun Hadith. Jadi hukum ini(kahwini perempuan ahli kitasmiley boleh dan sah hingga ke hari qiamat. Malah ia adalah ayat yang mentakhsisikan(khususkan) ayat 221 Surah al-Baqarah “ Jangan kamu nikahi wanita musyrik sebelum mereka beriman” Mengikut ayat ini wanita kafir haram dikahwini tetapi ayat ke –5 , Surah Al-Maidah telah khususkan hanya boleh kahwin wanita ahli kitab meskipun mereka kafir(manakala pengharaman mengkahwini wanita Hindu, Budha dll adalah berkekalan)

smiley Perisitwa berlakunya perkahwinan ramai sahabat dengan perempuan ahli kitab berlaku pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab (khalifah ke-3 ). Uthman bin Affan pun kahwini perempuan Kristian, begitu juga dgn Talhah bin Abdullah. Cuma Khalifah Umar melarang Huzdaifah Al-Yaman disebabkan beliau seorang panglima perang tentera Islam dan banyak mengetahui strategi peperangan Islam. Ini dibimbangi beliau strategi tersebut jatuh ke tangan pihak musuh. Ini atas dasar Syiasah Syar’iyah (kepentingan politik dan keselamatan negara serta umat Islam). INGAT, Nabi s.a.w berabda “ Demi Allah yang jiwa Muhammad di tanganNya, tidak seorang pun Yahudi dan Nasrani (Kristian) yang mendengar tentang diriku lalu mati tanpa beriman dengan risalah yang dengannya aku diutus (iaitu Tauhid), maka dia termasuk penghuni api neraka”(DiRiwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya). Jadi wanita ahli kitab yang hidup pada zaman Umar adalah wanita kafir dan bukannya golongan yang beriman dengan kitab Taurat dan Injil yang asal. Kerana kitab itu termansukh setelah Nabi Muhammad diutus menjadi Nabi dan Rasul.(rujuk fatwa Ibn Taimiyyah)

Di sini ingin penuulis asal nyatakan syarat-syarat untuk mengahwini perempuan ahli kitab baik Yahudi mahupun Kristian.

A) Muslim di pihak lelaki dan ahli kitab di pihak Kristian. Ini kerana orang lelaki lebih berpengaruh dan berkuasa serta kuat berbanding golongna perempuan. Jika lelaki yang beragama Kristian dan isterinya yang beragama Islam maka tak sah perkahwinan tersebut.

smiley Anak-anak yang lahir hasil perkahwinan tersebut hendaklah beragama Islam

C) Prof Dr Hamka pula mensyaratkan lelaki mestilah beriman, Ini kerana dia bakal berhadapan dgn mentua dan ipar-ipar yang beragama kristian.

D) Dalam keadaan tertentu pihak berkuasa boleh menegah perkahwinan atas dasar kepentingan agama dan negara. Contohnya jika di suatu kawasan perempuan Kristian ramai yg cantik dan perempun Islam kurang cantik. Jadi ramai lelaki Islam ingin mengahwini perempuan Kristian, ini akan menyebabkan wanita Islam tak ada jodoh dan menjadi andartu. Jika kita berada di sesuatu tempat yang majoriti penduduknya beragama Kristian atau Yahudi (mungkin belajar atau bekerja) dan berkenan dgn perempuan Kristian tersebut serta menyintai dan dicintai oleh perempuan Kristian tersebut. Tetapi siperempuan Kristian itu tak nak memeluk Islam. Ini boleh mengakibatkan berlakunya ZINA ( perbuatan keji lagi hina). Jadi lebih mulia dan suci perkahwinan meskipun dengan perempuan Kristian daripada berzina dengannya.
.. Unikkan pada Hari Jumaat kita ke Masjid dan Pada Hari Ahad dia ke Gereja. Pada 1 Syawal kita sambut Eid Mubarak (Raya Puasa) dan pada 25. Disember Dia sambut Krismas. Atas Dasar Dakwah. Adalah menjadi kewajipan umat Islam untuk memartabatkan kalimah Allah di muka bumi ini meskipun dengan pelbagai cara, method dan strategi selagi ia tidak menyalahi syarak. Jadi perkahwinan dengan wanita Kristian dan Yahudi ini adalah atas dasar untuk menyebarkan Islam. Memang pada mulanya dia beragama Kristian namun setelah sekian lama bersama dalam kebahagian maka sudah tentu akan mewujudkan kesefahaman dalam segenap hal. Lama-lamaan si isteri tadi dapat ditarik kepada Islam.
Jika sahabat ragui apa yg saya perkatakan saya mintak jasa baik para sahabat, tanyalah para alim ulama’ berwibawa. Saya amat mengalukan teguran dari sahabat demi kematangan dalam beragama.

Cuma kita sebagai rakyat mesti akur terhadap ulilamri. Ulil amri Malayisia telah wajibkan setipa yg ingin berkahwin dgn org Islam mestilah memeluk Islam terlebih dahulu. Laggipun Syiekh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin mengatakan "perkahwinan dgn perempuan ahli kitab banyak menimbulkan masalah kepada umat Islam dari timur dan Barat, dan org Islam mestilah berhati-hati memilih isteri utk dijadikan teman hidup"

Kalau kita mampu membimbing wanita Kristian itu menjadi Islam setelah mengahwininya maka bolehlah berkahwin dgnya tetapi jika tak mampu maka jangan.

lelaki yg mampu di sini mungkin dimaksudkan dari segi hendaklah mempunyai asas pemahaman islam yg kukuh, iman yg kukuh dan mempunyai ilmu yg cukup utk menyampaikan dan membimbing isteri utk memasuki islam dan mengamalkan amal islami yg sebenar. Ini dikatakan salah satu cara penyebaran agama Islam melalui perkahwinan (jadi kene la bimbing isteri jadi islam selepas berkahwin). Kalau di teliti ayat di atas, seseorang yg tak mampu bimbing perempuan itu utk memasuki islam slps berkahwin ditegah daripada berkahwin.


Tafsir Ibn Kathir:

The Permission to Marry Chaste Women From the People of the Scriptures

Allah said,
((Lawful to you in marriage) are chaste women from the believers) The Ayah states: you are allowed to marry free, chaste believing women. This Ayah is talking about women who do not commit fornication, as evident by the word `chaste'. Allah said in another Ayah,


?مُحْصَنَـت غَيْرَ مُسَـفِحَـتٍ وَلاَ مُتَّخِذَاتِ أَخْدَانٍ?



(Desiring chastity not committing illegal sexual intercourse, nor taking them as boyfriends (lovers).) ?4:25? `Abdullah Ibn `Umar used to advise against marrying Christian women saying, "I do not know of a worse case of Shirk than her saying that `Isa is her lord, while Allah said,


?وَلاَ تَنْكِحُواْ الْمُشْرِكَـتِ حَتَّى يُؤْمِنَّ?


(And do not marry idolatresses till they believe.)'' Ibn Abi Hatim recorded that Abu Malik Al-Ghifari said that Ibn `Abbas said that when this Ayah was revealed,


?وَلاَ تَنْكِحُواْ الْمُشْرِكَـتِ حَتَّى يُؤْمِنَّ?


(And do not marry idolatresses till they believe,) the people did not marry the pagan women. When the following Ayah was revealed,


?وَالْمُحْصَنَـتُ مِنَ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَـبَ مِن قَبْلِكُمْ?


((Lawful to you in marriage) are chaste women from the believers and chaste women from those who were given the Scripture before your time) they married women from the People of the Book. '' Some of the Companions married Christian women and did not see any problem in this, relying on the honorable Ayah,


?وَالْمُحْصَنَـتُ مِنَ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَـبَ مِن قَبْلِكُمْ?


((Lawful to you in marriage) are chaste women from those who were given the Scripture before your time) Therefore, they made this Ayah an exception to the Ayah in Surat Al-Baqarah,


?وَلاَ تَنْكِحُواْ الْمُشْرِكَـتِ حَتَّى يُؤْمِنَّ?


(And do not marry the idolatresses till they believe,) considering the latter Ayah to include the People of the Book in its general meaning. Otherwise, there is no contradiction here, since the People of the Book were mentioned alone when mentioning the rest of the idolators. Allah said,


?لَمْ يَكُنِ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَـبِ وَالْمُشْرِكِينَ مُنفَكِّينَ حَتَّى تَأْتِيَهُمُ الْبَيِّنَةُ ?


(Those who disbelieve from among the People of the Scripture and the idolators, were not going to leave (their disbelief) until there came to them clear evidence.) and,


?وَقُلْ لِّلَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَـبَ وَالاٍّمِّيِّينَ ءَأَسْلَمْتُمْ فَإِنْ أَسْلَمُواْ فَقَدِ اهْتَدَواْ?


(And say to those who were given the Scripture and to those who are illiterates: "Do you (also) submit yourselves'' If they do, they are rightly guided.)

sila lihat kepada makna pada ayat tersebut dalam tafsir

saya pelajar di kaherah mesir tahun 3 ( syariah islamiah ), hanya menaqalkan dari bebapa perbahasan dari sumber yang dipercayai , segala kesilapan yang ada harap dimaafkan .
Source: Forum Perbincangan Darul Nu'man