Monday, October 27, 2008

hukum bersetubuh melalui dubur !



Bolehkah kita bersetubuh melalui jalan belakang ke dubur dan apakah hukumnya
perbuatan seperti itu ,terima kasih kepada kawan kita yang menanyakan soalan ini , yang mungkin kita perlu tahu (jika suami isteri bersetubuh melalui belakang isterinya , apa hukumnya ). Jawapan: Islam telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu diikut oleh seorang muslim ketika bersetubuh. Antaranya, persetubuhan tidak boleh dilakukan pada dubur isteri. Perbuatan seperti ini bukan sahaja menyalahi adab, bahkan menyalahi hukum Islam. Hukum mendatangi isteri pada duburnya adalah haram di sisi syariat. Pengharaman ini adalah berdasarkan kepada dalil-dalil seperti berikut:-


1) Daripada al-Quran

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 223, yang bermaksud:


"Isteri kamu adalah (seumpama) tempat kamu menanam benih, maka datangilah mereka sebagaimana yang kamu kehendaki..."

Para mufassirin (penafsir al-Quran) berpendapat bahawa dalam ayat tersebut Allah s.w.t. menyuruh kaum lelaki untuk mendatangi isteri-isteri pada faraj mereka, pada bila-bila masa yang mereka sukai (kecuali waktu haid), dan dengan apa jua cara yang mereka kehendaki. Imam al-Alusi berpendapat, ayat tersebut tidak bermaksud membenarkan para suami mendatangi isteri mereka "pada mana-mana tempat" yang disukai, bahkan bermaksud "daripada mana-mana jalan", iaitu sama ada melalui jalan depan mahupun belakang, yang penting, mesti pada faraj. Beliau juga menyatakan bahawa pada ayat yang sebelumnya, Allah telah melarang suami daripada mendatangi isteri ketika mereka haid. Sebab kepada larangan tersebut adalah kekotoran yang ada pada faraj isteri ketika itu. Justeru, mendatangi isteri pada duburnya juga haram kerana kekotoran yang ada pada dubur(1).

Dalam mentafsirkan ayat tersebut, Imam Fakh
ruddin al-Razi menyatakan "Faraj perempuan diumpamakan seperti tanah, air mani seperti biji benih, dan anak seperti pokok yang tumbuh"(2). Justeru, bersetubuh pada dubur isteri adalah haram kerana dubur tidak sesuai diumpamakan seperti tanah untuk menanam
benih kerana perbuatan seumpama itu tidak boleh menghasilkan anak.

Syeikh Muhammad Mutawalli Sy'arawi
menyatakan bahawa selepas menyuruh lelaki mendatangi isteri mereka, Allah memerintahkan mereka agar menyediakan sesuatu yang bermanfaat kepada mereka pada masa depan. Ini bermakna, tujuan asal senggama ialah untuk mendapatkan anak, tidak sekadar berseronok-seronok(3).

Oleh itu, bersetubuh pada dubur isteri menyalahi perintah Allah s.w.t. yang tersebut dalam ayat 233 tersebut.

Prof. Dr. Wahbah al

-Zuhaily menyatakan bahawa suami diharuskan untuk mendatangi isteri pada qubulnya (faraj) tetapi tidak pada dubur. Iaitu mereka bebas menyetubuhi isteri pada masa dan dengan apa cara yang mereka sukai, dengan syarat pada faraj isteri sahaja(4).

2) Daripada Hadith Nabi s.a.w.

Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya(5), telah meriwayatkan banyak hadith berkaitan pengharaman bersetubuh pada dubur isteri. Antaranya:

Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang mendatangi isteri ketika haid, atau pada duburnya, juga mereka yang berjumpa bomoh seraya membenarkan apa yang diperkatakannya, mereka telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad"

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Terlaknatlah golongan yang mendatangi isteri mereka pada duburnya"

Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah tidak akan memandang kepada lelaki yang berliwat, juga lelaki yang mendatangi isterinya pada dubur"

Wallahu 'alam
saya hanya menaqalkan daripada beberapa sumber , jika ada pandangan atau cadangan tentangnya boleh kemukakan didalam comment dibawah ini .
________
(1) Tafsir Ruhu al-Ma'ani, Jil.2, Hal.118, Cet. 1417H/1997M,
Dar el-Fikr, Beirut-Lubnan.
(2) Tafsir al-Kabir, Jil.3, Juz.6, Hal.75, Cet. Pertama-1405H/1985M, Dar el-Fikr, Beirut-Lubnan.
(3) Fiqhu al-Mara'h al-Muslimah, Hal.29, Cet.Pertama 1998H, al-Daru al-'Alamiah li al-Kutub wa al-Nashr, Kaherah-Mesir.
(4) al-Fiqhu al-Islami wa Adillatuhu, Jil.9, Hal.6589, Cet.ke-4 1418H/1997M, Dar el-Fikr, Damsyik-Syria
(5) Tafsir Ibnu Kathir, Jil.1, Juz.1, Hal.332, Cet.Pertama 1417H/1996M, Maktabah al-Iman li al-Nasri wa al-Tauzi', Mansourah-Mesir

1 comment:

mrjaws said...

1. Jika seseorang terlalu ingin mencuba merasai kenikmatan mendatangi dubur isterinya, bolehkan jika sekali sekala?
2. Meliwat isteri dan melancap sendiri, mana yang lebih berdosa?